Ucapan Maaf Zahir dan Batin di Bulan Syawal
Assalamualaikum...
sebelum mula pape, aku nak ucapkan Salam Aidulfitri kepada semua yang menyambut,
tahniah juga kerana berjaya berpuasa sebulan di bulan Ramadhan,
semoga puasa kita pada tahun nie sangat2 diberkati oleh Allah S.W.T.
seikhlas hati, aku nak mintak ampun dan maaf atas segala salah dan silap aku yang pernah aku lakukan,
mintak ampun dan maaf gak atas kesalahan yang bakal aku lakukan, kalu selepas nie masih ada silap yang aku buat, maafkan aku yek...
aku cume manusia biasa lagi hina...sentiasa buat silap...cuma harap jangan disimpan sampai akhirat :)
okla...
hari nie aku nak story sket pasal ucapan mintak ampun dan maaf di hari raya...
aku pun takla teror sangat bab2 nie, ape yang aku nak tulis nie semata-mata atas pandangan personal aku la...
mintak maaf la kalu story aku kali nie ader yang terasa, nie sekadar perkongsian...
sejak hari terakhir ramadhan sampaila ke hari nie...kot...
konpem kita sume akan dapat sms ucapan meminta kemaafan atas segala salah dan silap,
minta dihalalkan segala hak orang lain yang kita terambil atau sengaja ambil,
amalan maaf-bermaafan nie sangat..sangat...sangat bagus, tiada pertikaian mengenai hal itu...
cuma, yang menjadi persoalannya...
adakah sms atau ucapan maaf yang disampaikan benar-benar datang dari hati yang ikhlas dan rendah diri tuk mencari kemaafan,
atau ucapan maaf itu sebagai sebuah trend hari raya??
kerana ada antara sms yang diterima adalah sms yang difowardkan, siap dengan decorations lagik...
orang hantar kat kita, kita edit sket-sket then kita pun foward ke org lain...
tepuk dada tanya diri and iman...aku tatau la kan...
kalu btol ikhlas nak mencari kemaafan dari orang yang dimsg tue bagus la kan sebab itu la yang dituntut :)
ader gak sms raye yang dapat tue, memang nampak ikhlas nak cari kemaafan and keberkatan dalam persahabatan...
padahal dalam hati masih tersisa dendam masih menyala, walau nyalaan tue kecil...ia tetap sebuah dendam...
tindakan membohongi diri sendiri kadang menjadi suatu kebodohan, cubela bertindak ikhlas saling menyedari, menerima dan kembalilah pada fikiran yg bijak bila Allah maha pengampun pada semua hambanya...bagaimana dengan kita yang tak pernah sempurna walaupun tercipta sebagai makhluk paling sempurna di dunia...
manusia yang baik bukan orang yang tidak pernah buat salah, sebab memang mustahil bagi manusia kecuali Rasulullah SAW yang ma’shum (sentiasa dalam bimbingan Allah SWT)...tetapi, manusia yang baik adalah manusia yang menyedari kesalahannya dan segera bertaubat kepada-Nya...dalam Islam, mampu memaafkan kesalahan orang lain merupakan salah satu ciri orang yang bertaqwa (muttaqin).
ape yang aku paham, makna memberi maaf ialah sebenarnya bila kita mempunyai hak, tetapi kita melepaskannya, tidak menuntut qishash atasnya atau denda kepadanya....
Quraish Shihab dalam membumikan Al-Quran menjelaskan:
"Kata maaf berasal dari bahasa Al-Quran "alafwu" yang berarti "menghapus", iaitu yang memaafkan menghapus bekas-bekas luka di hatinya. Bukanlah memaafkan namanya, apabila masih ada tersisa bekas luka itu didalam hati, bila masih ada dendam yang membara"
(Ibnu Qudamah dalam Minhaju Qashidin)
boleh jadi, ketika itu apa yang kita lakukan masih dalam tahap "menahan marah"...tapi usahakanlah untuk menghilangkan luka-luka itu, sebab dengan begitu kita baru boleh dikatakan telah memaafkan orang lain...
Islam mengajak manusia untuk saling memaafkan dan Islam meletakkan pemberi maaf di posisi yang sangat tinggi..kerana sifat pemaaf merupakan sebahagian dari akhlak yang sangat luhur, yang harus di ikuti bagi seorang Muslim yang bertakwa.
dari pembacaan aku dan dengan slumbernye aku copy-and-paste, ade 2 cara untuk mempercepat hilangnya perasaan dendam itu :
1. ingat kebaikan-kebaikan dari orang yang membuat kita dendam
2. ingat kesalahan-kesalahan kita terhadap orang yang membuat kita dendam
sebagai akhir kata, yang terbaik buat kita hari ini adalah bersama-sama bangun kembali dengan semangat baru, ketulusan hati dan semangat persaudaraan dan kalu bley janganla ade yang berkata: "Tiada maaf bagimu"...haiyo...bahaya woo kalu ader sifat nie...
konpem pecah belah dibuatnye...
ade ahli hikmah mengatakan : ingatlah dua hal dan lupakanlah dua hal :
1) lupakanlah kebaikanmu kepada orang lain
2) lupakanlah kesalahan orang lain kepadamu
kalau maaf tidak lagi berarti maka akan muncul pembalasan dendam.
kalau mulut berkata maaf tapi hati masih dendam itu munafik.
kalau berserah diri dan menerima hukum Allah itulah Tawakkal namenye.
wallahu a’lam...
kalu aku silap, maaf dan perbtolkan aku yek...
aku insan hina dan sangat perlukan tunjuk ajar...
segala penulisan nie, datang dari pendapat aku semata-mata...
No comments:
Post a Comment