puuhhh..puuhhh...
Huish..dah berhabuk page nie,lama bebeno tak diupdate..hehe..
Assalamualaikum sume :) (entah ade entah idak org yang baca kan..hehe)
Memandangkan cuti sekolah bakal tiba,ramailah sahabat handai yang menghantar jemputan kahwin..sampai ibu pun perli aku,"asyik pegi wedding orang jer,biler kenduri diri sendiri?"..kelu aku nak jawab..takpela,itu DIA punya kerja..aku layankan aje..
So, aku nk tulis pasal perkahwinan..tetibe ade idea malam yang panas nie..
Perkahwinan adalah sebuah aktiviti yang perlu dilakukan mengikut syarak, bukan mengikut adat melayu. Tapi kenapa perkahwinan kini selalu dibebani dengan adat2 dan trend2 yang menyusahkan?
Kenapa perlu ditetapkan bayaran yang tinggi? Mahu menjual diri atau melangsungkan sebuah ibadah dan amalan sunnah? Kenapa tidak dilansungkan sahaja pada dasar kemampuan? Kenapa perlu dititik beratkan sebuah adat yang membebankan? Yang ingin dikejar adalah keberkatan dari DIA yang Esa. Lebih risau dikritik oleh masyarakat setempat berbanding dikritik oleh Allah?
Perkahwinan yang berlansung hanya sehari, walhal kehidupan selepas perkahwinan tersebut sepatutnya lebih dititik beratkan kerana ia akan kekal sehingga ke akhir hayat. Dek kerana aktiviti sehari itu, seumur hidup tepaksa menanggung beban. Adakah itu berbaloi? Tepuk dada sendiri, tanyalah iman di hati :)
Suami bukan untuk dibebani, tapi disenangi dan isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Sebuah perkahwinan yang dipermudahkan keberlansungannya, pasti akan datang keberkatannya. Dari sebuah persamaan, ia membina keserasian dan dari sebuah perbezaan, ia melengkapkan.
So, mulai hari nie..arap2 bagi keluar baik di sebelah wanita atau lelaki, berbincanglah sebaiknya.. Niat perkahwinan wujud dari dua hati yang bahagia tuk bersama, maka berbincanglah dengan penuh kebahagiaan dan kerendahan hati :)
Yang dicari adalah keredhaan Ilahi dan kebahagiaan yang hakiki :) kerana sesungguhnya,
Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah,
Dan lagi indahnya cinta itu, bila diselit dgn ucapan ikhlas 'i love you' atau 'saye syg awk',
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!
firman Allah SWT,
“Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku, dan saling memberi kerana Aku.”
(Hadits Qudsi).
"Barangsiapa memberi karena Allah, menolak karena Allah, mencintai karena Allah, membenci karena Allah, dan menikah karena Allah, maka sempurnalah imannya."
(HR. Abu Dawud)
Ingatlah, walau
Sekuat mana kesetiaan,
Sehebat mana perancangan,
Sejauh mana penantian,
Setebal mana kesabaran,
Sejujur mana penerimaan..
JIKA..ALLAH tidak izinkan tuk bersama,ia tetap tidak akn berlaku.
Semoga Allah menganugerahkan kita cinta yang paling indah, halal dan berkekalan sampai jannah.
Wallahualam. Aku hanya berkongsi apa yang aku rasa dan apa yang aku fikirkan betol, tak mustahil aku salah. Kalu benar ade khilaf, tolong perbetolkan aku kerana aku insan hina yang memerlukan tunjuk ajar.
No comments:
Post a Comment