Friday, May 20, 2011

Indahnya Sebuah Pertemuan...Perkahwinan...

Bismillahirahmanirahim..

Bina atau Musnahkn Perhubungan?

Assalamualaikum...

saja aku nk share dari ape yang aku terbaca...
terbaca dan buat aku terfikir mengenai sebuah "KETIKA"...
KETIKA pertemuan
KETIKA perkenalan
KETIKA perkahwinan
KETIKA ada anak...dan macam-macam KETIKA lagi...

terasa nk post pun sebab ada kawan yang datang dan bertanya kat aku mengenai perkahwinan..hehe..macam aku dh kawin la plak..hehe...

kalu korang tanya aku, memang aku takut tuk berkahwinan...bukan takut sebab takut tak stabil dari segi kewangan sebab kewangan boleh ditanggung bersama....kot...hehe..kalu aku, aku takut sebab tanggungjawab menjadi Imam atau Ketua Rumah kepada makmum...kalu Imam goyah...makmum??huhu...nauzubillah...

jom baca yang kat bawah nie, aku rasa macam berguna gak...kalu rasa xberguna, baca dan abaikan jer la yek...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Wallahualam..

aku sedakar berkongsi dari apa yang aku baca, dengan dan belajar..
smoga dapat dijadikan panduan atau iktibar...
kalu salah tolon perbetolkan aku yek...
aku insan yang sering terlalai..

info di ambil dr,
FaceBook Ustaz Azhar Idrus

No comments:

Post a Comment