Saturday, April 2, 2011

terus bercinta atau belok dari cinta?

Bismillahirahmanirahim...

" Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH "
( SAbda Rasulullah S.A.W. - Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Assalamualaikum...

Rasa dah lama sangat2 tak menulis...almaklumla, hidup kat penang, umah xde internet lg..hehe..baru nak mulakan hidup...lagi2 selepas silap menggunakan fungsi blog nie..maaf ye...

Okla, nie sekadar nak berkongsi dari ape yang aku bace, dengar dan belajar...

Entry kali nie panjang sikit kot...slamat membaca n smoga ada iktibar... :)

Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Boleh dikatakan bahawa pada masa kini perasaan ‘jatuh hati' adalah perkara yang sudah menjadi lazim kepada masyarakat kini. Hal ini terjadi kerana terpengaruh dengan perkembangan atau peredaran zaman. Kepada mereka yang memasang niat baik untuk mempersuami@memperisterikan pasangannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, kita perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pasangan tadi bagi mendapat keredhaan Allah.

Jangan takut atau bimbang dalam menceritakan atau menyelami dunia percintaan, tapi batasi ia dengan ilmu agama dan pantang larang yang telah ditetapkan syarak.

Adakalanya kita masih meminati atau menyayangi bekas kekasih. Tetapi mereka telah berkahwin dengan pasangan pilihan mereka. Janganla kita menjadi seseorang yang mengganggu-gugat kerharmonian mereka. Pepatah melayu ada menyatakan "bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor"

Tetapi, bg wanita (dan hanya pada wanita) yang masih memendam rasa pada bekas kekasih meraka, malah jika benar sidia sudah berkahwin dengan wanita lain sekalipun, jodoh masih sentiasa terbuka. Tidak mustahil anda masih lagi merupakannya jodohnya, jika bukan sebegai isteri pertama, mungkin sahaja sebagai isteri kedua, tiga atau empat..itu pun kalu sanggup berkongsi.. (hurmm..jangan marah, ini lumrah alam)
Jika tidak pun, pintu kebarangkalian masih ada untuk menjadi isterinya selagi si dia
masih hidup, mungkin jodoh itu akan bertemu setelah 20 tahun akan datang. (Wallahualam)
Semuanya adalah ketentuan Allah swt dan tiada siapa boleh meramalknya, menafikan atau mendakwa jodoh atau tidak.

Namun demikian, adalah lebih baik untuk anda memikirkan bahawa ‘kumbang bukannya seekor', malah mungkin atau sudah pasti ada yang jauh lebih baik dari sidia.
Tiadalah perlu menyusahkan diri dengan terlalu ‘terikat' dan ‘terpahat' kepada seorang lelaki sahaja. Justeru, adalah lebih baik untuk berdoa agar Allah swt mengurniakan jodoh yang lebih baik dari sidia yang telah terhenti di separuh jalannya.

Sebagaimana Ummu Salamah diajar berdoa untuk mendapat yang lebih baik dari suaminya yang syahid, akhirnya beliau dilamar oleh baginda Rasulullah S.A.W.
YA, jauh lebih baik dari seorang sahabat.

Di dalam Islam, bagi memperkuatkan doa dan permintaan khas kepada Allah SWT, kita dibenarkan untuk ber'tawassul' atau menyebut amal soleh yang kita lakukan semasa
melakukan doa. Selain itu, kita juga dibenarkan untuk bernazar untuk melakukan sesuatu jenis kebaikan tambahan jika doa kita dimaqbulkan. Ia semuanya boleh dilakukan berdasarkan nas dan dalil yang jelas, justeru boleh digunakan dalam hal permohonan jodoh ini juga.

Orang-orang malayu lama selalu menyatakan kepada anak dara mereka bahawa tak elok "perigi cari timba", pada zaman yang membangun dan mengejar masa ini jangan terlalu terpengaruh dengan kata-kata tersebut dan bahawa kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik (dari segi akhlak dan agama). Tapi teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik, kerana perkahwinan juga adalah ibadah.

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada cacatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Malah,
Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah S.A.W. (Sohih al-Bukhari, 7/15)

Ada cara untuk wanita melakukan pelamaran, biarlah lamaran tersebut beradab dan terjaga agamanya kerana masyarakat Malaysia kini sangat suka untuk menambah-nambah perisa dalam cerita yang didengari.
Mulakan dengan meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tersebut untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda S.A.W.
Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah)

Para Wanita diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa meraka. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Wanita itu dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi.

Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum" jawabnya ;
Nabi menjawab : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" (Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua"
(Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan pandangan mata kasar, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat).
(Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

Apa pun jangan terlalu khuatir untuk membincangkan hal mengenai jodoh. Lambat atau cepatnya jodoh tidak boleh diramal. Apa yang penting, Allah swt mengurniakan kepada kita iktihar dan usaha, maka berusaha secara HALAL untuk memperolehi jodoh yang terbaik buat diri. InsyaAllah.

Penulisan ini hanya sekadar perkongsian, jika ada yang salah, sila tegur.
Rasulullah suka bila umatnya saling tegur-menegur, kerana ia boleh membawa kepada kekuatan serta kesempurnaan ummah.

Wallahualam.

3ari3mlm mengarang..hee...